Siapa Sultan Sulu yang sebenar?

1320042772694958899

Kecelaruan mengenai pewaris sebenar yang berhak ke atas takhta Kesultanan Sulu bermula dengan kemangkatan Sultan Jamalul Kiram II pada 1936, Sultan Sulu terakhir yang berdaulat tetapi malangnya tidak mewariskan sebarang zuriat. Sejak daripada tarikh tersebut, muncullah berpuluh-puluh individu sama ada dari Sabah mahupun rakyat Filipina yang mengaku sebagai pewaris dan berhak ke atas kekosongan takhta Kesultanan Sulu, terutamanya daripada keturunan keluarga Kiram. Individu yang membuat tuntutan ini termasuklah mereka yang sebenarnya langsung tiada kaitan dengan institusi Kesultanan Sulu ini (Sekadar menyamar). Sebenarnya selepas kemangkatan baginda, takhta sewajarnya dikembalikan semula kepada keluarga Pewaris Kedua iaitu Keluarga Maharajah Adinda. Justeru itu, mari kita lihat terlebih dahulu senarai ‘Sultan Sulu’ selepas kemangkatan Sultan Jamalul Kiram II, biarpun tidak lagi mempunyai kuasa dan tidak berdaulat, untuk memahami punca pertikaian sebelum meneliti senarai individu utama yang menyamar sebagai ‘Sultan Sulu’:




1) Sultan Mawallil Wasit (1936) : Beliau merupakan adik kepada Sultan Jamalul Kiram II. Empat hari selepas kemangkatan abangnya itu, beliau telah ditabalkan oleh Rumah Bichara (Kabinet atau Majlis Diraja Kesultanan Sulu) untuk menggantikan abangnya. Walaubagaimanapun, beliau hanya sempat menjadi ‘Sultan’ untuk tempoh 6 bulan sahaja sebelum meninggal dunia secara mengejut akibat diracun dan dikebumikan di Maimbung. Setahun kemudian, Presiden Filipina, Manuel L. Quezon telah menyatakan melalui Memorandum bertarikh 20 September 1937 bahawa Kerajaan Filipina tidak akan mengiktiraf mana-mana lagi pewaris daripada Sultan Jamalul Kiram II (Keluarga Pewaris Pertama).



13200428382030560779



2) Sultan Ombra Amilbangsa (1937-1950) : Beliau merupakan suami kepada Dayang-dayang Hajah Piandao. Dayang-dayang Hajah Piandao ini merupakan anak kepada Sultan Badaruddin dan anak saudara kepada Sultan Jamalul Kiram II. Selepas kematian Sultan Mawallil Wasit, Dayang-dayang Hajah Piandao yang ketika itu bertindak sebagai “Sandah” (pemangku pemerintah), telah mengarahkan rakyat Sulu supaya mengisytiharkan suaminya dari Tawi-tawi, Datu Ombra Amilbangsa, sebagai Sultan Sulu dengan gelaran Sultan Amirul Umara II pada Januari 1937. Datu Ombra ini juga pernah dilantik sebagai Gabenor Sulu. Selepas Perang Dunia ke-2, Datu Ombra Amilbangsa telah bertanding sebagai Ahli Kongres Filipina dan memenanginya (Tidakkah bodoh seorang ‘Sultan’ merendahkan martabatnya dengan menjadi sekadar Ahli Kongres di negara bukan Islam yang telah menjajah wilayahnya???).

13200429381100766373






3) Sultan Esmail Kiram I (1950-1974) : Beliau merupakan putera kepada Sultan Mawallil Wasit. Memandangkan Sultan Ombra Amilbangsa bukanlah waris langsung dari Kesultanan Sulu, maka Sultan Esmail Kiram I ini telah disepakati untuk dilantik sebagai Sultan Sulu yang seterusnya di Jolo pada tahun 1950. Pada tahun 1962, beliau telah menyerahkan wilayah Borneo Utara dan kekuasaan Kesultanan Sulu kepada Republik Filipina iaitu ketika era pemerintahan Presiden Diosdado Macapagal. (lihatlah sendiri perangai Sultan seorang ini. Lebih rela menyerahkan ‘wilayahnya’ kepada pemerintahan Kristian berbanding ditadbir oleh saudara seIslam di Malaysia). Beliau meninggal dunia di Jolo pada tahun 1974.

13200429141160075898



13200430171882380341

4) Sultan Muhammad Mahakuttah Kiram (1974-1980) : Beliau merupakan putera sulung melalui isteri kedua kepada Sultan Esmail Kiram I. Beliau dilantik sebagai Sultan Sulu selepas kematian Sultan Esmail Kiram I kerana Datu Pujungan, yang ketika itu merupakan Raja Muda (setaraf Putera Mahkota), melarikan diri ke Sabah akibat kekacauan yang berlaku di Sulu pada masa tersebut. Apa yang menariknya, beliau ini dilantik secara langsung oleh Kerajaan Filipina di Manila yang ketika itu dipimpin oleh Presiden Marcos. Beliau berdiam di Manila, tinggal di Hotel Aurelio di Mabini, dan menerima elaun serta ditanggung kewangannya oleh Presiden Marcos (Fikirkanlah sendiri!!!). Pada tahun 1980, selepas darurat ditamatkan, Raja Muda Punjungan kembali dari Sabah ke Jolo. Sultan Muhammad Mahakuttah Kiram yang ketika itu turut berada di Jolo bersetuju menyerahkan takhtanya kepada pakciknya, Raja Muda Punjungan sebagai Sultan Sulu dengan gelaran Sultan Punjungan Kiram.



13200430582041173216


) Sultan Aliuddin-II (1980-2007) : Nama sebenar beliau adalah Datu Aliuddin Haddis Pabila bin Datu Syeikh ibni Maharajah Adinda Sultan Muhammad Aranan Puyo, dan berasal dari Sabah. Ketika era ‘pemerintahan’ Sultan Muhammad Mahakuttah Kiram, telah berlaku satu peristiwa yang cukup penting. Para ahli keluarga pewaris Kedua mula memahami sejarah sebenar dan menyedari hak-hak mereka. Atas jemputan Pehin Dato’ Haji Awang Mohd. Jamil Al-Sufri, keluarga Pewaris Kedua yang diketuai oleh Datu Aliuddin Haddis Pabila telah meminta pihak Muzium Brunei untuk menjaga Pulau Janggi pada tahun 1978 (Bagi mengelakkan kepalsuan Pulau Janggi dibuat oleh pihak lain). Pulau Janggi yang diserahkan telah diperiksa dan disahkan ketulenannya oleh pihak Muzium Brunei. Pada masa tersebut, beliau telah disahkan sebagai “Pewaris Sultan Sulu yang sebenar” dan di dalam Surat Penerimaan Pulau Janggi yang dikeluarkan oleh pihak Muzium Brunei, beliau telah diisytiharkan sebagai “Sultan Aliuddin-II”.




1320043098699417061



Dengan pertukaran takhta bagi pewaris Keluarga Pertama oleh Sultan Muhammad Mahakuttah Kiram kepada Sultan Punjungan Kiram yang bukan daripada darah di Raja Kesultanan Sulu, maka sahlah permulaan takhta Kesultanan Sulu dikembalikan kepada keluarga Pewaris Kedua (Maharajah Adinda) melalui Sultan Aliuddin-II ini. Pada 17 Disember 2004, Majlis Diraja Sulu sekali lagi telah mengisytiharkan beliau sebagai “Sultan Sulu”, namun Majlis Pertabalan tidak dapat dilaksanakan kerana kekurangan sumber kewangan sehinggalah beliau wafat pada 30 Jun 2007.



6) Datu Ali Kuyung (2007-kini) : Pengerusi Majlis di Raja Sulu (Pemangku Sultan Sulu buat sementara waktu). Nama sebenar beliau ialah Datu Muhammidul Ali bin Datu Mahmun bin Datu Halun ibni Maharajah Adinda Sultan Muhammad Aranan Puyo. Merupakan anak saudara kepada Datu Aliuddin Haddis Pabila. Biarpun dari segi kekananan generasi, masih terdapat ramai waris lebih tua yang lebih layak, namun beliau merupakan pewaris yang paling layak untuk ditabal sebagai Sultan Sulu yang seterusnya jika ditinjau dari segi kekananan baginda kerana merupakan cicit lelaki sulung kepada isteri pertama Maharajah Adinda Sultan Muhammad Aranan Puyo. Beliaulah yang meneruskan legasi perjuangan Keluarga Pewaris Kedua Kesultanan Sulu pada masa kini. Tidak memakai gelaran ‘Sultan’ kerana telah disepakati tiada siapa pun yang berhak mendakwa diri sendiri sebagai ‘Sultan Sulu’ pada hari ini selagi kesemua waris yang berhak termasuklah yang telah menabalkan diri masing-masing sebagai Sultan Sulu tidak duduk semeja untuk berbincang dan menabalkan seorang sahaja yang benar-benar paling layak dan berhak untuk menjadi Sultan berdasarkan Tartib di Raja Sulu.



1320043169491377532



Sejarah telah tercipta apabila beliau telah berjaya menyatukan Keluarga Pewaris Pertama dengan Keluarga Pewaris Kedua iaitu melalui anakanda Sultan Muhammad Mahakutta Kiram, iaitu Raja Muda Muedzullail Kiram. Telah disepakati bahawa kedua-dua pewaris Kesultanan Sulu ini tidak akan membuat tuntutan terhadap Sabah, yang akan hanya menguntungkan mainan politik Filipina semata-mata. Kini, masa sahaja yang akan menentukan apakah pengakhiran kepada episod tuntutan tahkta Kesultanan Sulu ini. Namun apa yang pasti, jika beliau berjaya memerdekakan kembali Kesultanan Sulu Darul Jambangan (bukannya sibuk menuntut Sabah dan elaun wang pajakan sebagaimana sesetengah individu yang mendakwa diri sendiri sebagai ‘Sultan Sulu’), tiada keraguan lagi beliaulah yang akan ditabalkan secara rasmi kelak sebagai Sultan Sulu.




Kini kita lihat pula sekali lalu mengenai senarai Sultan Sulu yang terdiri daripada penyamar dan waris yang tidak berhak :



1) Sultan Rodinood Kiram : Dia ‘menyambung’ perjuangan ayahnya iaitu Sultan Julaspi Kiram, yang mendakwa sebagai satu-satunya zuriat tunggal kepada Sultan Jamalul Kiram II dan berhak ke atas takhta Sultan Sulu. Namun, berdasarkan kepada maklumat daripada pesaing-pesaing ‘Sultan Sulu’ yang lain di Filipina, Julaspi ini adalah anak kepada Hadjirul, salah seorang pengawal (bodyguard) kepada Sultan Jamalul Kiram II, yang telah jatuh cinta dengan isteri muda Sultan Sulu tersebut. Sultan Sulu tidak menjatuhkan hukuman bunuh sebaliknya memberi pengampunan tetapi mereka berdua dibuang ke Pangutaran. Dari hubungan Hadjirul dan isteri muda Sultan Sulu inilah lahirnya Julaspi, yang kemudiannya menuntut takhta Sultan Sulu. Selepas kematian Julaspi di Kampung Maharlika, Taguig, pada tahun 1998, anak sulungnya, Rodinood, meneruskan tuntutan terhadap takhta Kesultanan Sulu. Inilah sebenarnya individu yang sibuk menjual “pingat dan Darjah Kebesaran Sultan Sulu yang membawa gelaran Datuk” di negara kita!!!



13200432511343083295



2) Sultan Esmail Kiram II dan Sultan Jamalul Kiram III : Kedua-dua mereka ini adalah adik beradik dan anak kepada Sultan Punjungan Kiram. Dikatakan Punjungan ini merupakan anak kepada Sultan Mawallil Wasit. Realiti yang sebenarnya adalah nenek mereka dari Pulau Simunul, Tawi-Tawai, yang bernama Mora Napsa Laga, telah dirampas untuk dijadikan isteri oleh Sultan Mawallil Wasit dalam keadaan telah pun mengandungkan zuriat suaminya yang sebenar, seorang Imam bernama Amil Hamja! Justeru itu, Punjungan ini sebenarnya hanyalah anak tiri kepada Sultan Mawallil Wasit. Selepas kematian Sultan Punjungan Kiram pada tahun 1983, anak sulungnya iaitu Raja Muda Jamalul Kiram III telah ditabalkan oleh para penyokongnya sebagai Sultan Sulu. Walaubagaimanapun, kerana dia tinggal di Manila dan enggan berdiam di Jolo, bertentangan dengan adat Sulu, maka adiknya, Raja Muda Esmail Kiram II kemudian telah dilantik sebagai Sultan pada tahun 2001. Sultan Jamalul Kiram III ini pernah bertanding dalam pilihanraya negara Filipina. Sementara Sultan Esmail Kiram II inilah ‘Sultan Sulu’ yang pernah mengancam untuk melancarkan ‘Perang Jihad’ kepada Malaysia pada tahun 1993 dan 2001 jika Sabah tidak diserahkan kepadanya. Atau sebagai balasannya, bayar sahaja ganti rugi sebanyak USD 10 Bilion kepadanya. (Dapat baca niat sebenar mereka ini???)




13200433182121866451



13200433441322203535



3) Sultan Muhammad Fuad Abdulla Kiram : Dia ini tak lebih sekadar salah satu boneka atau lebih tepat lagi anjing suruhan yang digunakan oleh Pemerintah Filipina untuk menuntut Sabah dari Malaysia. Dia merupakan adik kepada Sultan Muhammad Mahakuttah Kiram. Jika benar takta Kesultanan Sulu masih mahu diwariskan kepada keluarga Pewaris Pertama (Kiram), maka sewajarnya takhta tersebut diserahkan kepada Raja Muda Muedzullail Kiram yang merupakan anak lelaki sulung kepada Sultan Muhammad Mahakuttah Kiram. Tambahan pula, masa yang terlalu lama diambil iaitu hanya pada tahun 2006 untuk mengangkat dirinya sendiri sebagai Sultan Sulu. Sangat suka mengutuk Malaysia yang dianggapnya bersikap kejam dan tidak berlaku adil kerana ‘merampas’ Sabah. Tetapi apa yang peliknya, kata-kata dia sangat lunak apabila menyentuh mengenai hal Kerajaan Filipina yang jelas telah menghapuskan kuasa Kesultanan Sulu yang ingin dipegangnya sendiri, malahan sanggup mempertahankan Filipina dan mencerca Malaysia yang lebih bertanggungjawab membela para rakyat Sulu yang datang ke Sabah. Kedangkalan dan kejahilan dia mengenai sejarah dan Tartib (Protokol) Kesultanan Sulu terserlah apabila tidak mengetahui dan menafikan kewujudan dan peranan Pewaris Kedua Kesultanan Sulu.

1320043402655579719

4) Sultan Syarif Ibrahim Ajibul Pulalun : Dia ini adalah contoh klasik kepada individu-individu yang langsung tiada kaitan tetapi nak juga menyibuk mendakwa sebagai Sultan Sulu. Dia telah menabalkan dirinya sebagai Sultan Sulu dan Borneo Utara pada 20 November 2005 di Grand Astoria Hotel, Mayor Jordan St. Zamboanga City, Filipina, dan menggunakan nama Sultan Syarif Ibrahim Ajibul Mohammad Pulalun Kabayan Manjanay Syarif Abu Bakar. Sebenarnya, datuk kepada dia ni hanyalah seorang Syarif yang pekerjaannya adalah menempa senjata seperti barung (parang) di daerah Parang, Sulu. Datuk dia sangat terkenal dan menurut penduduk tempatan, datuknya adalah orang “keramat” yang mudah mengenakan “tulah” kepada sesiapa yang bertindak menganiayai beliau. Namun begitu, datuknya ini bukanlah berketurunan Raja Sulu. Kebetulan sahaja nama datuknya ialah Syarif Pulalun, yang hampir sama dengan nama salah seorang Sultan Sulu, iaitu Sultan Muhamad Pulalun. Hanya disebabkan itu, dia telah mengambil kesempatan dengan mendakwa datuknya itu adalah Sultan Muhammad Pulalun, lalu mengangkat dirinya sendiri menjadi Sultan Sulu. Latarbelakangnya telah didedahkan sendiri oleh penduduk-penduduk di sekitar daerah Parang yang sangat mengenali semua anggota keluarganya termasuk datuknya itu. Akibatnya, kini tiada seorang pun penduduk daerah itu yang mengiktiraf beliau sebagai Sultan Sulu. Bagaimanapun, sebelum itu, dia telah berjaya menipu ramai pihak termasuklah Kerajaan Filipina sendiri dan memperdaya wakil kerabat di Raja British iaitu Sir Stanley Brandenburg.


13200434441915308508

Wallahualam…………
Pesaka Bangsa

Tidak ada komentar:

Posting Komentar